Saturday, December 18, 2010

Mujahadahkah aku??

assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah segala puji bg Allah tuhan skalian alam. tedetik hati ini ketika dalam satu majlis apabila seorang shbt yg ingin memulakan tazkirahnya dgn perkataan Allahmdulilah lalu disampuk dgn lembut oleh shbt ditepiku ketika itu.

"ayat skema nie lagi"

masa tue, aku terfikir, betul jugak cakap shbt aku, kenapa setiap majlis semua org memulakan ucapannya dengan perkataan Alhamdulillah tanpa menimbulkan apa-apa kesan dalam hati. Mungkin hati ini masih jahil dalam mengenalMu ya Allah. Astaghfirullah. Aku terfikir, andaikata semua orang memahami perkatan Alhamdulillah itu yakni Segala Puji Bagi Allah, maka ketika didengarnya kalimah itu, lalu dipejamkan matanya untuk melihat dari sudut pandangan hatinya tentang nikmat yg tidak putus-putus yg dicurahkan oleh allah kepadanya. Andaikata semua orang boleh berbuat demikian, sebelum pentazkirah bertazkirah, semua jemaah sudah berlinangan airmata nya. alangkah indahnya. ^__^

Dijadikan manusia ini sangat istimewa, mampu berfikir, mampu membuat keputusan dan ciri-ciri ini membezakan kita dengan makhluk2 Allah yg lain. Subhanallah. Dan perlu diingat, fitrah manusia ini, semua manusia dijadikan hebat dan berpotensi untuk menjadi hebat.

Dan satu lagi fitrah manusia adalah, manusia ini saling memerlukan antara satu sama lain. Dari saat kita lahir, hingga saat kita mati. disaat kita lahir, kita sangat memerlukan seorang insan yg bergelar Ibu. 24 jam kita berkepit dgn beliau dan disaat kita mati kita sangat memerlukan orng lain untuk mengkafankan kta. begitulah fitrah seorang manusia. TETAPI sifat ini perlu dikawal kerana sifat "Too Dependent with other people" menyebabkan kita dikongkong dengan keadaan sekeliling.

Menurut Stephen Covey, dalam bukunya 7 habit of Highly Effective People, manusia ini takkan hebat selagi dia mempunyai sifat Dependent. Dependent yg macamana??? Contoh, sekiranya hari itu mendung, maka moodnya turut suram, jika kawannya membebel2 kepadanya, dia akan frust giler, jika semua orang murung dia turut murung. sifat sebegini perlu dielakkan.

Mengambil contoh ketika zaman Renaissance, sbelum kedatangan renaissance, sekelompok artisan2 atau golongan intelek, mereka bekerja dalam kelompok-kelompok tertentu. ini menyebabkan idea mereka terbatas dan terkongkong. Tapi keadaan berubah apabila muncul ideologi individualism, dimana mereka berkerja secara sendiri dan mempu menghasilkan karya-karya yg masyhur. Saya tidak ingin memperdebatkan tentang kebaikan atau keburukan ideologi Individualism ini, cumanya yg ingin diHIGHLIGHTkan adalah sifat INDEPENDENT.

Setuju tak sekiranya manusia ini bersifat Independent, dia akan mampu mengawal segala-galanya. Ini kerana dia sudah tidak terkongkong dengan mana-mana pihak. Dengan kata lain, dia bebas untuk melakukan segala apa yg dia kehendaki.

tapi Betul Ke???

Jawapannya adalah SALAH!, contoh yg paling jelas dalam masalah ini adalah kehidupan kita boleh diibaratkan seperti layang-layang. Cuba bayangkan apa yg terjadi sekiranya layang-laynag terputus talinya??
tentunya dia terbang entah kemana, ataupun tersangkut dicelah-celah pokok. tapi yg pastinya pengakhirannya adalah buruk. Samalah dengan kehidupan manusia, sekiranya kebebasan yg diperolehi oleh manusia ini tanpa sempadan maka pengakhirannya turut buruk.
Sebab itulah Allah mengharamkan zina, mengharamkan mendedahkan aurat. semua kebebasan ini dibataskan atas alasan2 yg tertentu.

Manusia dijadikan dengan nafsu...

firman Allah swt,(al-furqan:43)

"sudahkah engkau melihat orang yang menjadikan KEINGINANNYA sebagai TUHANNYA"

memang sifat nafsu sukakan kebebasan, bukan setakat kebebasan biasa tetapi kebebasan mutlak. Jadi bagi manusia yg bersifat dengan sifat Dependent tadi akan tersungkur dalam mejahadah melawan nafsu ini. Maka golongn ini adalah termasuk dalam golongan yg disebut dalam ayat diatas, iaitu yg Mempertuhankan NAFSUNYA.

Alangkah indahnya sekiranya kita mampu bermujadahh melawan nafsu kita, dan ingatlah sekirannya kita mampu menunudukkan nafsu kita maka kita akan memperoleh kebebasan yg MUTLAK serta HAKIKI di akhirat sana yakni Al-Jannah. wallahualam

p/s: Sesunguhnya dunia adalah penjara bagi Umat Islam dan syurga bagi orang-orang kafir.. wallahualam.

*Doakan kejayaan ku, Exam Mode START! Bersama-samalah kita Bermujahdah ^__^

Saturday, November 27, 2010

muhasabah diri

hey engkau! untuk apakah kamu disini?

aku disini untuk hidup..

untuk hidup? untuk apa? Apa yg kau dapat daripada hidup?

aku hidup untuk.... errr..

Haa! apa yg kau dapat daripada hidup? cuba kau bygkan kembali apakah perasaan yg terbuku dalam dirimu sepanjang hidupmu? sedih, suka, hampa, kecewa, marah! Untuk Apa semua itu??!!

aku sedih kerana aku dikecewakan oleh org lain

engkau BODOH kerana itu. sebab apakah perasaan marah membuak-buak dalam dirimu??

aku marah kerana aku diperlekehkan..

engkau BODOH kerana itu. mengapakah perlu kamu suka?

aku suka sekiranya aku dihargai oleh orng lain.

engkau BODOH kerana itu.. sesungguhnya engkau sememangnya BODOH.. BODOH kerana usaha engkau mencari redha manusia, bukannya redha sang penciptaMU, ALLAH swt!

mengapa engkau sewenang-wenangnya menuduhku bodoh??? adakah salah perbuatanku itu selama ini??

banyak manusia yg kecewa apabila hatinya disakiti oleh manusia yag lain tanpa dia berfikir dengan sedalam-dalamnya mengapa dia diuji sebegitu. Manusia yg BODOH akan terus menerus berada dalam kekecewaan tapi Manusia yg PANDAI mengerti bahawa perasaan kecewa itu adalah ujian daripada Allah swt yg perlu dilaluinya.



wallahualam..

p/s:manusia yg betul-betul beriman tidak kisahkan pandangan manusia. selagi benda yg hendak dilakukannya tidak bertentangan dengan syarak, maka selagi itulah dia boleh melakukanya.. insyaAllah

sekadar monolog dalaman..